Friday, November 25, 2011

Prosedur perkahwinan di Malaysia.

Panduan kepada semua bakal pengantin yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan sebelum berkahwin.
Agak rumit jika tidak dibuat secara teratur.Tapi jika anda ada senarai semak mungkin dapat membantu..

Persediaan Dokumen.
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan Kad Pengenalan wali
Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport
Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan
Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/ nikah bawah umur
dan lain-lain.
Kebenaran kedutaan jika warga asing.
Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)
Surat cerai, jika pernah berkahwin.

Kursus Pra Perkahwinan
Kursus Pra perkahwinan ialah kursus penyediaan bagi bakal-bakal pengantin. Kursus ini
WAJIB diambil bagi bakal pengantin. Kursus Pra perkahwinan ini dianjurkan oleh Jabatan
Agama Negeri dan juga pihak swasta. Kursus ini mengandungi beberapa modul dan
selalunya mengambil masa 12 jam. Bayaran kursus selalunya sebanyak RM 80.00 seorang.
Apabila seseorang itu tamat kursus, Sijil Kursus Pra Perkahwinan akan diberikan. Sijil ini
tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di semua Negeri tidak kira dimana
ianya diambil.
Para penceramah yang diundang adalah mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam
Hukum Islam dan kebanyakannya bekerja di Jabatan Agama Negeri dan JAKIM. Kursus Pra
perkahwinan adalah ruang paling sesuai untuk anda mengemukakan segala persoalan
mengenai perkahwinan anda. Persoalan tentang wali hakim, anak tidak sah taraf, prosedur
perkahwinan akan dijelaskan oleh para penceramah anda.
Untuk mendapatkan maklumat Pusat kursus, semak surat khabar dan internet. Sila Hubungi
Pusat kursus untuk mendapat maklumat lanjut tentang kursus.

Wali bagi pihak perempuan.
Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti berikut :-
1. Bapa Kandung
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim
Bagi Wali Hakim, sila Hubungi Pejabat Jabatan Agama Negeri. Isi Permohonan Wali / Wali
Waqalah. Anda akan dihubungi Pihak Jabatan Agama dan bergantung pada keadaan, anda
mungkin dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah.

Ujian HIV
Semua Jabatan Agama Negeri telah mewajibkan bakal pengantin untuk menjalani Ujian
Kesihatan HIV. Ujian mestilah dilakukan di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan.
Ujian di hospital dan klinik swasta TIDAK diterima. Borang ujian boleh didapati di Pejabat
Agama Negeri.
Keputusan ujian adalah SULIT. Sampul surat ujian hanya boleh dibuka oleh Jabatan Agama
Negeri sahaja.
Bagi individu yang keputusanya HIV POSITIF, nasihat dan kaunseling akan diberikan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin.
Peraturan-peraturan berkahwin adalah berbeza di
antara Jabatan Agama Negeri berlainan. Pastikan anda
menyemak dahulu dengan Jabatan Agama berdekatan. Panduan dibawah ini sebagai rujukan anda sahaja.

Terdapat banyak jenis Permohonan kebenaran berkahwin. Pastikan diri anda dalam kategori
yang betul. Jenis Permohonan seperti berikut.
a) Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di
Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan
bernikah di Kuala Lumpur)
b) Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat
perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan
dan akan bernikah di Negeri Sembilan)
c) Kategori 3: Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang
lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan
bernikah di Selangor)
d) Kategori 4: Berkahwin dengan warga asing.
Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan
bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan
perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala
Lumpur)
1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Pihak perempuan akan mengisi borang.
6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
9. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan
anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk
menyelesaikan masalah yang ada.
10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam
Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.
Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di
Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur,
perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri
Sembilan)
1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon
‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan
anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk
menyelesaikan masalah yang ada.
* Dapatkan taraf ‘Pemastautin’ jika alamat di Kad Pengenalan
anda berbeza dengan alamat anda sekarang. Dapatkan surat
pengesahan dari majikan atau gunakan bil telefon/air/elektrik yang
mengandungi nama, alamat anda. Sangat berguna bagi mereka yang
tinggal dan bekerja diluar negeri asal.

Pendaftaran Perkahwinan
Selepas tamat majlis pernikahan anda, anda perlu mendaftarkan perkahwinan anda di
Pejabat Agama Negeri dimana dilangsungkan. Perkahwinan perlu didaftarkan dalam masa 7
hari.
Bagi perkahwinan yang dilangsungkan diluar negara/negeri, hendaklah didaftarkan sebaik
sahaja pulang ke tanah air. Dalam tempoh 6 bulan selepas berkahwin.
Bayaran pendaftaran perkahwinan berbeza mengikut negeri. Sijil perkahwinan dan kad akuan
nikah akan diberikan. Simpan sijil nikah anda di tempat selamat dan bawa kad akuan nikah
anda ke mana sahaja anda berada bersama pasangan anda.

Diharapkan tulisan ni dapat membantu bakal pengantin.terima kasih..

No comments:

Post a Comment

yang manis yang hensem berkata-kata