Tuesday, November 29, 2011

Apam Polkadot...

wahhh Comelnyerrr....
dulu masa 1st time tengok apam ni,alahai comelnyerrrr..dot..dot..dot...
Walaupon dah ramai rakan blogger yang dah buat entri pasal apam ni...saya pon nak share gak ngan apam comel yang saya dah try resepinya...senang sangat tapi memerlukan tahap kesabaran dan ketahanan diri yang lebih ye...=)

jom ...

Resepi Apam Polkadot (kredit untuk kak nuri)
Bahan2
Bahan A
-3 biji telur Gred B - guna telur yg ada dalam fridge, maknanya telur tu sejuk
-220gm gula halus @ 1 cwn + 4 1/2 tbsp gula castor
-1 tsp Ovalette
Bahan B
150gm susu sejuk
275gm tepung gandum* / 2 cwn + 7 tbsp
1 tsp baking Powder*
- ayak bahan2 bertanda

Bahan-bahan lain
Apa-apa filling-saya guna filling blueberry.

Cara-caranya:
-Pukul telur bersama -sama gula & ovalette yang telah disejukkan sehingga kembang.
(pukul dengan kadar yang laju supaya adunan cepat kembang)
-Kemudian masukkan susu sejuk sedikit demi sedikit.
(masukkan sedikit susu kemudian putar sehingga adunan sebati kemudian ulang langkah sehingga susu habis)
-Masukkan bahan-bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
(ulang langkah sama seperti diatas *susu)
-Panaskan pengukus.
-Bila adunan telah sebati bahagikan kepada 2 atau 3 mangkuk.
-Titiskan pewarna mengikut citarasa anda.
-Masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.
-picit adunan kedalam papercup sehingga 3/4.
-picit kan sedikit filling ditengah adunan apam.
-Kemudian picit adunan sehingga penuh papercup.
-titikkan dot-dot keatas adunan.
-Sedia dimasukkan kedalam pengukus.Kukus dalam api sederhana bagi mengelakkan apam ni mekar sejambak.=).
(balut penutup pengukus dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap jatuh menitis keatas apam dan menyebabkan apam tidak cantik.)


Tips
kalau nak lagi cantik dan gojes gunalah warna yang terang dan banyakkan warna.


SELAMAT MENCUBA!!!


psssttt-
Saya juga mengambil tempahan untuk majlis-majlis keramaian atau untuk dibuat doorgift majlis anda.

Sebarang pertanyaan & tempahan jangan malu dan segan untuk hubungi saya di
017 - 620 3353 atau email ke barieah_05@yahoo.com.my.



Friday, November 25, 2011

Prosedur perkahwinan di Malaysia.

Panduan kepada semua bakal pengantin yang tertanya-tanya apa yang perlu dilakukan sebelum berkahwin.
Agak rumit jika tidak dibuat secara teratur.Tapi jika anda ada senarai semak mungkin dapat membantu..

Persediaan Dokumen.
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan Kad Pengenalan wali
Gambar bersongkot/bertudung saiz pasport
Salinan Sijil Kursus pra perkahwinan
Perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim, poligami/ nikah bawah umur
dan lain-lain.
Kebenaran kedutaan jika warga asing.
Kebenaran majikan bagi anggota Polis dan Tentera.
Surat Pengakuan bujang dari majikan (lelaki sahaja)
Surat cerai, jika pernah berkahwin.

Kursus Pra Perkahwinan
Kursus Pra perkahwinan ialah kursus penyediaan bagi bakal-bakal pengantin. Kursus ini
WAJIB diambil bagi bakal pengantin. Kursus Pra perkahwinan ini dianjurkan oleh Jabatan
Agama Negeri dan juga pihak swasta. Kursus ini mengandungi beberapa modul dan
selalunya mengambil masa 12 jam. Bayaran kursus selalunya sebanyak RM 80.00 seorang.
Apabila seseorang itu tamat kursus, Sijil Kursus Pra Perkahwinan akan diberikan. Sijil ini
tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di semua Negeri tidak kira dimana
ianya diambil.
Para penceramah yang diundang adalah mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam
Hukum Islam dan kebanyakannya bekerja di Jabatan Agama Negeri dan JAKIM. Kursus Pra
perkahwinan adalah ruang paling sesuai untuk anda mengemukakan segala persoalan
mengenai perkahwinan anda. Persoalan tentang wali hakim, anak tidak sah taraf, prosedur
perkahwinan akan dijelaskan oleh para penceramah anda.
Untuk mendapatkan maklumat Pusat kursus, semak surat khabar dan internet. Sila Hubungi
Pusat kursus untuk mendapat maklumat lanjut tentang kursus.

Wali bagi pihak perempuan.
Susunan Wali Perempuan yang sah mengikut Hukum Syara' adalah seperti berikut :-
1. Bapa Kandung
2. Datuk Sebelah Bapa Ke Atas
3. Adik Beradik Lelaki Seibu-sebapa
4. Adik Beradik Lelaki Sebapa
5. Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
6. Anak Saudara Lelaki Sebapa
7. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Seibu-sebapa
8. Anak Lelaki Kepada Anak Saudara Lelaki Sebapa
9. Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
10. Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
11. Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
12. Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
13. Moyang Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Moyangnya
14. Moyang Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Moyangnya
15. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa (Sepupu lelaki)
16. Anak Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa (Sepupu lelaki)
17. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa
18. Cucu Lelaki Bapa Saudara Sebelah Bapa Sebapa
19. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Seibu-sebapa Dengan Datuknya
20. Anak Datuk Saudara Sebelah Bapa Sebapa Dengan Datuknya
21. Wali Hakim
Bagi Wali Hakim, sila Hubungi Pejabat Jabatan Agama Negeri. Isi Permohonan Wali / Wali
Waqalah. Anda akan dihubungi Pihak Jabatan Agama dan bergantung pada keadaan, anda
mungkin dikehendaki hadir di Mahkamah Syariah.

Ujian HIV
Semua Jabatan Agama Negeri telah mewajibkan bakal pengantin untuk menjalani Ujian
Kesihatan HIV. Ujian mestilah dilakukan di Hospital Kerajaan dan Klinik Kesihatan Kerajaan.
Ujian di hospital dan klinik swasta TIDAK diterima. Borang ujian boleh didapati di Pejabat
Agama Negeri.
Keputusan ujian adalah SULIT. Sampul surat ujian hanya boleh dibuka oleh Jabatan Agama
Negeri sahaja.
Bagi individu yang keputusanya HIV POSITIF, nasihat dan kaunseling akan diberikan.

Permohonan Kebenaran Berkahwin.
Peraturan-peraturan berkahwin adalah berbeza di
antara Jabatan Agama Negeri berlainan. Pastikan anda
menyemak dahulu dengan Jabatan Agama berdekatan. Panduan dibawah ini sebagai rujukan anda sahaja.

Terdapat banyak jenis Permohonan kebenaran berkahwin. Pastikan diri anda dalam kategori
yang betul. Jenis Permohonan seperti berikut.
a) Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan bernikah berkahwin di
Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan perempuan dari Kuala Lumpur dan akan
bernikah di Kuala Lumpur)
b) Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di Negeri tempat
perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan
dan akan bernikah di Negeri Sembilan)
c) Kategori 3: Lelaki dan perempuan dari Negeri berlainan dan bernikah di Negeri yang
lain. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur, perempuan dari Negeri Sembilan dan akan
bernikah di Selangor)
d) Kategori 4: Berkahwin dengan warga asing.
Kategori 1: Lelaki dan perempuan dari satu Negeri dan akan
bernikah berkahwin di Negeri yang sama. (Contoh: Lelaki dan
perempuan dari Kuala Lumpur dan akan bernikah di Kuala
Lumpur)
1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Pihak perempuan akan mengisi borang.
6. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
7. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
8. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
9. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan
anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk
menyelesaikan masalah yang ada.
10. Jika diluluskan, simpan Kebenaran Perkahwinan anda di tempat yang selamat. Imam
Jurunikah akan menyemaknya sebelum upacara pernikahan anda.
Kategori 2: Lelaki dari Negeri berlainan dan akan bernikah di
Negeri tempat perempuan. (Contoh: Lelaki dari Kuala Lumpur,
perempuan dari Negeri Sembilan dan akan bernikah di Negeri
Sembilan)
1. Dapatkan borang kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Negeri terdekat atau
berjumpa dengan Imam Jurunikah di Masjid berdekatan kariah anda. Satu borang
untuk setiap seorang lelaki dan perempuan.
2. Pihak lelaki mengisi borang tersebut.
3. Dapatkan pengesahan bujang dari majikan. (lelaki)
4. Dapatkan pengesahan anak kariah dari Imam di masjid kariah anda. (lelaki).
5. Hantarkan borang Permohonan lelaki ke Pejabat Agama Negeri dan mohon
‘Kebenaran Nikah Luar Negeri’.
6. Pihak perempuan akan mengisi borang.
7. Kenal pasti wali anda dan penuhkan ruang untuk wali di dalam borang.
8. Pastikan salinan dokumen yang dikehendaki cukup.
9. Lampirkan bersama borang dari pihak lelaki yang lengkap diisi.
10. Hantar borang ke Pejabat Agama. Pejabat agama akan menimbangkan permohonan
anda. Jika tidak diluluskan, Pejabat Agama akan menghubungi anda untuk
menyelesaikan masalah yang ada.
* Dapatkan taraf ‘Pemastautin’ jika alamat di Kad Pengenalan
anda berbeza dengan alamat anda sekarang. Dapatkan surat
pengesahan dari majikan atau gunakan bil telefon/air/elektrik yang
mengandungi nama, alamat anda. Sangat berguna bagi mereka yang
tinggal dan bekerja diluar negeri asal.

Pendaftaran Perkahwinan
Selepas tamat majlis pernikahan anda, anda perlu mendaftarkan perkahwinan anda di
Pejabat Agama Negeri dimana dilangsungkan. Perkahwinan perlu didaftarkan dalam masa 7
hari.
Bagi perkahwinan yang dilangsungkan diluar negara/negeri, hendaklah didaftarkan sebaik
sahaja pulang ke tanah air. Dalam tempoh 6 bulan selepas berkahwin.
Bayaran pendaftaran perkahwinan berbeza mengikut negeri. Sijil perkahwinan dan kad akuan
nikah akan diberikan. Simpan sijil nikah anda di tempat selamat dan bawa kad akuan nikah
anda ke mana sahaja anda berada bersama pasangan anda.

Diharapkan tulisan ni dapat membantu bakal pengantin.terima kasih..

Monday, November 21, 2011

Kahwin...



Sekarang ni musim orang kahwin...sana sini menjemput ..kawan-kawan saya pun ramai juga yang mendirikan rumah tangga tahun 2011..Cerita pasal kahwin ni..persediaan mental dan fizikal perlu seiring..cewahh...heh..saya sendiri pernah kecundang ketika menguruskan majlis perkahwinan saya...penat,stress,takut,gembira dan macam-macam perasaan bercampur baur...memang tak terkata..tapi saya tetap tenang dan yang paling penting saya selamat bergelar isteri kepada suami yang saya cintai...hehehe...

Entri kali ni nak kongsi tips-tips pada bakal pengantin di luar sana atau pon ada sapa-sapa yang rasa nak suggest apa-apa yang berkaitan dengan persiapan perkahwinan ni.
1st of coz lah pasal persiapan majlis perkahwinan :
Selalunya setahun sebelum majlis,bakal pengantin dah survey-survey atau ada checklist yang perlu dilakukan sebelum majlis.
Checklist asas:1-Tarikh.
     Sebelum buat majlis tu mestilah kena ada tarikhnya..Dinasihatkan bakal-bakal pengantin mengambil kira semua pendapat yang ada.Perbincangan antara kedua belah pihak amat penting.Trend sekarang,saya lihat ramai yang suka pada tarikh yang unik contoh terdekat pada tahun ni ialah 11-11-2011.memang unik dan bertepatan pula hari nya adalah hari Jumaat..Sangat eloklah..Kebaikannya sebab mudah untuk mengingati tarikh tersebut tapi keburukannya pula,orang berebut-rebut nak buat pada tarikh tu sebab unik pada masa yang sama kalau kawan-kawan kita atau jemputan kita juga menerima banyak undangan pada hari yang sama tentulah mereka tak dapat hadir pada semua majlis jadi mereka akan memutuskan pergi 1 atau 2 majlis saja pada hari itu.itu pon mungkin yang dekat-dekat saja.Tapi kalau ikut pendapat saya,buatlah pada hujung minggu yang tiada lansung cuti umum atau keistimewaan pada tarikh tersebut.Jadi jemputan mungkin hanya menerima 1 atau 2 undangan saja,dan semua jemputan mungkin akan hadir.pendapat sayalah..MUNGKIN kan??!!(heheh=)
2- Bajet.
     Yang ni lah yang paling penting..Kalau pengantin lelaki mestilah pening nak fikir pasal wang hantaran dan mas kahwin.Kalau yang memang dah menyimpan tu senang lah hati sikit,tinggal nak tambah-tambah mana yang tak cukup.Selalunya orang tua akan tambah mana yang tak cukup tu.Tapi kalau orang tua tak tolong,kenalah usaha sendiri..ya tak??!!
Yang pengantin perempuan mestilah kena cari bajet untuk majlis pernikahan dan persandingan.Bajet ni penting sebab kita kena ukur kemampuan kita.Kalau ikutkan semua mesti nak yang terbaik dan sempurna untuk majlis sendiri kan??tapi yelah bukan semua kita mampu realisasikan kalau tak ada FULUSnya...
3- Tema.
     Bila dah dapat tarikh dah tahu bajet,senang lah nak tahu apa yang kita nak buat..Lepas dah dapat bajet tu kita fikir pula tema yang macamana kita nak dan dimana majlis tu akan diadakan...Nak buat di rumah ke atau di dewan..Kalau buat dirumah meriahlah rasanye sebab  2 atau sehari sebelum majlis sedara mara dah datang kerumah bergotong royong.Buat kat dewan pon meriah juga tapi taklah semeriah buat kat rumah..Semua ada pro & kon..kalau di rumah kebaikannya meriah kita boleh buat sampai pukul berapa pon..dan lebih selesa..keburukannya mungkin rumah kecil ada yang tak selesa nak beramai2..pelamin pulak dalam rumah jemputan nak jugak tengok pengantin kan??!!dah duk terhendap-hendap..terjingkit-jingkit tengok pengantin.Kalau buat kat dewan pula kawasan luas,senang jemputan nak tengok pengantin..sambil makan pon bleh duk pandang pengantin..keburukannya plak masa yang agak terhad...hehehe...Pilihan warna juga mainkan peranan..Tema pula bebas..ikutlah apa nak buat pon yang penting ia akan menjadi memori paling indah dalam hidup kita.Cadangan saya..Garden Wedding,Jawa.English style dan banyak lagilah..


tema ala-ala arab.kredit kepada yang empunya..kekeke..
4-Jemputan
    Yang ni kita boleh serahkan pada orang tua kita sapa yang perlu dijemput dan berapa ramai jemputan kita..Anda juga boleh senaraikan jemputan anda dan beri pada ibu atau bapa anda untuk mereka masukkan dalam senarai jemputan.Senarai ni amat penting dan perlu disediakan lebih awal supaya tiada siapa yang tertinggal.Ada kejadian yang pernah saya dengar dimana ada pasangan ni sampai terlupa jemput jirannya,sampai jiran berkecil hati dan tak pergi ke majlis tu...jangan pandang remeh ye...benda ni memang nampak senang tapi kadang-kadang masa selalu menghalang.memang betul lagi elok kalau kita yang jemput sendiri..tapi ada sesetengahnya tu serahkan pada orang tua dan juga orang kepercayaan yang lain untuk mengendalikannya...


gambar hiasan
Setelah semua diambil kira,boleh meneruskan agenda-agenda untuk majlis anda.lantiklah beberapa orang untuk sama-sama membantu anda untuk menyempurnakan majlis anda.Majlis sekali seumur hidup ni mestilah dilakukan dengan teliti dan teratur agar segalanya menjadi detik paling  indah dalam hidup anda.Tak perlu bermewah cukuplah ianya sempurna.

Thursday, November 3, 2011

KOREA........lalalla....Annyeong Haseyo!!!

wahhh entry kali ni gempak sikit..lama tak menulis tetiba muncul plak entry best2 ni kan...hehhe =) nak pegi nyer ada lahhh lagi 2 ke 3 bulan lagi...actuall date dah conform 3hb Feb 2012 terbang dari KLIA...so ada masa nak prepare barang-barang..Sebenarnyer excited gak nak g KOREA ni...sebelum ni company wat trip g Shanghai...pastu dok berangan  cakap ngan bos "pasni kiter g KOREA lah plak bos".Dan tak sangka bos perkenan kan hajat aku ni....uiskkk terbaekkk!!!!skang ni dok jalan2 blog orang tengok sapa2 yang yang dah experianced ngan Korea ni...banyak gak tips2 berguna...sementelah masa bulan February tu sedang musim sejuk kat Korea...Terpaksalah g mencari winter coat segala bagai kan....takut plak tak tahan kesejukan kat sana.....papepon tak sabar nak ke KOREA!!!!