Thursday, January 12, 2012

Cameron Highland

Alkisahhhh...sebenarnya tak plan pun nak ke Cameron Highland penghujung cuti sekolah kelmarin,mulanya adik saya yang state kat FB dia kata nak sambut New Year kat Cameron..saya pon menggatallah kata nak ikut..then adik saya yang bongsu plak pun sibuk nak ikut pastu bersambung-sambung plak mak saya kata nak ikut pastu abah pulak kata nak ikut.last-last semua berangkut.Jadilah Family Holiday kami ke Cameron Highland.

Kami pergi cuma 1 hari 1 malam..tak boleh lama-lama sebab abah kena dialisis.itupun dah cukuplah tu,lagipun sejuk sangat kat sana tu..lagilah bila malam..this is my 1st experience there.sebelum ni ke Genting je..itupun masa bujang lah...la ni tak delah.

Kami stay kat Brincang (Crown Imperial Court)..
best lah 1 apartment ada 3 bilik 2 bilik air,ada dapur lengkap semuanya boleh main masak-masak ada hall TV,Astro.Lengkaplah.

Sampai je kami jumpa dengan adik mak dan keluarganya.terus naik apartment rehat-rehat kejap.makan-makan,minum-minum bagi hangat badan sikit barulah jalankan aktiviti.tapi takde apa pun sebab masa kami sampai tu hujan sangat lebat.jadi tunggu hujan dah reda baru leh berjalan kat night market berdekatan...
Jalan kaki je....masa nak turun tu laju jelah..tapi masa nak naik tu..azab..aduyaiii...tinggi mencanak apartment nyerr...tak tertanggung nafas..huhuh...lepas ni kena keep fit..huhuhu..

Malam tu takde apa aktivitilah semua selubung selimut je..anak saya Rayyan pun tak sedap badan demam,asyik muntah je..kesian jugak..

Esoknyer kami mulakan lah aktiviti yang tak seberapa ni..melawat Healthy Strawberry Farm.bila dah sampai Cameron Hihgland tu kalau tak beli Strawberry memang tak sah..so beli lah seberapa banyak yang boleh...beli untuk mak mertua dan sendiri aje..=P.
lepas tu pergi pasar berdekatan konon nak beli sayur..kononlah..bila dah berjalan habuk pun takde..hahaha....sebab abah dah letih sangat nak berjalan so kami terus jelah balik semula ke Klang.

Walaupun sekejap je..tapi pengalaman yang cukup menyeronokkan..Maybe next time akan sampai kesana lagi.Insya allah..

Layan gambar-gambar pulak.:




Sehingga berjumpa lagi..