Wednesday, December 7, 2011

Death By A Chocolate Cake!!!

Walaupun dah berzaman buat kan STILL' nak post jugak entri ni...
Tengok nama pun dah rasa KILLED' giler kan???haha
Kawan-kawan opis dah banyak yang order kek ni...sedap sangat...memang boleh lupa diet miet bagai tu lah....



Death by chocolate cake (mrsdayat)
        
         Bahan-bahan:
  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila

    Cara-cara
  • tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  • pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  • masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  • masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  • last skali masukkan air panas..kacau sebati
  • bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam

    Ganache & Whipped Cream
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • 1 cwn non dairy whipping cream
  • **utk ganache**
  • dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  • bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  • tambahkan golden syrup
  • ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  • ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  • kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  • ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti.simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit.

    Note: nak lagi cantik dan sedap buh lah strawberry or white choc..lagi umphhhh....



SELAMAT MENCUBA!!!!
Rasa malas nak buat tapi nak makan boleh je order dengan saya.Sila hubungi saya ye...
017-620 3353